Sesi Penerangan Usia Emas dan TAWAS

album-tawas-copy2 program-tawas-sentul-utama1 program-tawas-sentul-utama-21 program-tawas-sentul-utama-31 program-tawas-sentul-utama-41 program-tawas-sentul-utama-51 program-tawas-sentul-utama-61SATU Sesi Penerangan Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) serta penyerahan cek kepada waris Peringkat Parlimen Batu telah berlangsung di Dataran Sentul Utama pada 26.04.09. Ahli Parlimen Batu telah menyerahkan cek wang tunai berjumlah RM1,ooo. Sesi Penerangan dan soal jawab turut diadakan selain kaunter Pendaftaran Ahli Baru dan Sukarelawan Parlimen Batu.

KLIK SINI UNTUK PERTANYAAN BERKAITAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN
TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

April 30, 2009 at 6:12 pm Leave a comment

AWAS – Risalah burukkan Pakatan Rakyat Bermula

risalah-sengaja-burukkan-pakatan-rakyatSatu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.

March 20, 2009 at 12:55 pm Leave a comment

Penyelewengan Dan Kronisme Dalam Kementerian Pertahanan

ahli-parlimen-batu-tian-chuaEKORAN daripada pendedahan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat mengenai isu pembelian Eurocopter dengan harga begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.

Hari ini, sekali lagi pendedahan isu penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara. Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli UMNO (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak. (more…)

March 20, 2009 at 9:54 am Leave a comment

PEMBERITAHUAN – Majlis dialog ditunda

UNTUK makluman kepada semua warga Sentul Utama – Majlis Dialog Bersama Ahli Parlimen Batu serta Sesi Penerangan Mesra Usia Emas yang dijadualkan akan berlangsung pada 22/3/2009 terpaksa ditunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Pihak jawatankuasa dan urusetia majlis dialog memohon maaf terhadap pembatalan tarikh yang telah dirancang. Penundaan ke suatu tarikh lain akan dihebahkan melalui ketua-ketua blok masing-masing. Sebarang pertanyaan membabitkan majlis berkenaan boleh menghubungi Sdr Ramli Taha di 019-5106061.

March 20, 2009 at 5:29 am Leave a comment

Malaysian economy ‘buckling’ in global slump: Anwar

anwar-warning-economy-malaysiaMalaysia’s economy is “buckling under the pressure of a global recession” and could contract by two percent this year, opposition leader Anwar Ibrahim has warned. Anwar, who was finance minister before being ejected from the ruling Barisan Nasional-controlled government in 1998, said at least 400,000 people risk losing their jobs in 2009. “The days and months ahead will not be easy,” he said in comments published on his blog late Sunday. (more…)

March 10, 2009 at 7:16 am Leave a comment

Program Terkini – Bersama Menjayakannya

mesra-usia-emas-selangorPKR Cawangan Sentul Utama akan mengadakan siri Penerangan Skim Mesra Usia Emas bertempat di Dataran Sentul Utama pada 22/3/2009 bermula sekitar jam 9pagi hingga 12.30 tengahari. Pada majlis itu juga akan diselitkan Pendaftaran Ahli Baru Parti Keadilan Rakyat serta pendaftaran bagi semua golongan yang berhajat menyumbangkan tenaga dan buah fikiran sebagai Sukarelawan Batu. Majlis tersebut bakal dihadiri oleh Ahli Parlimen Batu selaku Ketua Bahagian PKR Batu – YB Tian Chua. Warga Sentul Utama seharusnya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menyuarakan cadangan, masalah, komplen atau apa sahaja yang difikirkan sesuai kepada pihak Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di tempat anda.

March 10, 2009 at 7:04 am Leave a comment

Selamat Menyambut Maulidur Rasul dari PKR Sentul Utama

salam-maulidur-rasulSemoga kebaikan yang Allah s.w.t. kurniakan kepada Rasulullah S.A.W. akan menjadi pedoman kita menjadi hambaNya yang cemerlang. Begitulah yang diharapkan. AMIN.

“WAHDAH PEMANGKIN KHAYRU UMMAH”

March 10, 2009 at 6:45 am Leave a comment

Selamat Datang Ke Blog Sentul Utama

flat-sentul-utamaPARTI Keadilan Rakyat Cawangan Sentul Utama mengalu-alukan terutamanya golongan muda untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan. Para Sukarelawan akan ditugaskan di Kaunter Pendaftaran Ahli Baru / Aduan Rakyat / Pendaftaran Mesra Usia Emas pada mana-mana program yang melibatkan orang ramai. Sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu bagi mendaftarkan diri atau hubungi Sdr Ramli Taha  – 019 5106061.

March 9, 2009 at 2:21 pm Leave a comment


May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Categories

Recent Comments